Jumaat, 17 April 2015

Hati Yang Murah

Sejahteralah ke atas kamu

Alhamdulillah, aku sedang berdoa(salam) untuk saudara ku yang sedang membaca ini.

Terutama sekali ucapan maaf kerna diri ini melampaui hari untuk berkarya dalam dakwah. Ya, aku lewat seminggu untuk menulis dari hati kecil ini. Aku meraikan 'semester break' di kampung (rumah tok dan wan) sehingga teralpa akan tanggungjawab ini.

"Ya Allah ampunkanlah dosa dan kelapaan hamba-Mu ini 
Berikanlah hamba-Mu ruang untuk bertutur dari Hati ini dan 
Sentuhlah hati orang-orang yang membaca karya nota hati ini"

Sedikit perkongsian tentang kampung ku : 

Mentari gah memancarkan sinar. 
Bunga-bungaan tersenyum,
Menguntum tasbih memuji Sang Pencipta,
Harumannya mekar mewangi,
Sang kumbang menari riang.
Alam seakan gembira.

Dikala senja bertandang,
Burung-burung berterbangan pulang,
Mentari berganti tugas,
Cahaya bulan jatuh bersimbahan.
Langit dihiasi kerlipan bintang.
~ karya : Fudat_Khaulah(17/4/15; 2:24) ~

In shaa Allah sahabat dunia akhirat yang sedang membaca ini, diri ini teringin bertutur tentang  " Hati Yang Murah"

Semuanya bermula dari hati. Hati adalah telaga manusia. Akal yang diberi pinjam oleh Allah adalah umpama air di dalam telaga. 

Kenapa berupa sedemikian?

Di hatilah terletaknya pelbagai rasa, kehendak dan kemahuan seseorang. Sebab itu diumpamakan sebagai telaga. Manakala tugas akallah yang membasuh dan menimbangi apa yang terdapat di dalam hati. Sebab itulah juga akal diumpamakan seperti air.

Seringkali di kaki-kaki lima ataupun berhampiran bank dan perhentian bas peminta sedekah ataupun penghibur jalanan dan golongan OKU. Adakah mereka meminta sedekah? Sedangkan golongan OKU mereka mempunyai pekerjaan dengan menjual tisu kebiasaannya ataupun segelintir lagi menjadi penghibur jalanan? ~ Mereka tidak meminta-minta pada masyarakat sekeliling.

Tatkala melihat golongan seperti di atas, hati kecil seringkali terusik. Moga hati kalian juga merasa seperti ku.

Benar
Tangan di atas adalah lebih baik
 daripada Tangan di bawah.

Berat sama dipikul Ringan sama dijinjing


Tetapi hati ini juga seringkali dibisik dengan bisikan durjana agar berfikir akan omelan orang disekeliling sama ada hendak menghulur kerana membantu atau untuk dijadikan boneka masyrakat dengan kebaikan yang diserlahkan. Nauzubillahi min zalik.

Di dunia ini, jika ada orang kaya. Gaji beratus juta atau million sekalipun. Sebenarnya orang kaya itu belum kaya. Kenapa saya berani berkata sedemikian? Kerna pemilik kekayaan bukanlah yang bernama manusia tetapi yang bernama ALLAH. ALLAH YANG MAHA KAYA kerna seisinya milik Tuhan. 

Di sini, saya nak tekankan nak tegaskan berapa sen pun gaji kita atau berapa yang kita miliki, hulurkanlah pada yang memerlukan. Nescaya Allah akan kembalikan apa yang kita beri. Tidak kisahlah berapa nilai pun, yang penting kita dapat mengembirakan orang yang memerlukan itu. Percayalah, sedikit atau banyak nilai itu, mereka yang memerlukan tidak akan mengeluh. Malah mereka akan bersyukur dan mendoakan kebaikan ke atas kita. Arghhh, pedulikan orang sekeliling. Jika kalian malu untuk menghulur secara zahir, balutlah nilai pertolongan itu agar terhijab daripada pandangan masyarakat.

"Allah menilai keikhlasan biarpun nilainya sedikit"

Walaupun hidup miskin, kita hendaklah bersyukur kerana masih dimurahkan rezeki oleh Allah supaya menjadi orang ang memberi, bukannya orang yang meminta. Janganlah sesekali memandang hina insan yang meminta-minta.

Rasulullah SAW berkata: " (Kadangkala) ada orang yang berpakaian lusuh, rambut tidak terurus, kerap dihalau sekiranya menjenguk di pintu rumah orang, namun kalau dia bersumpah atas nama Allah pasti Allah akan makbulkan permintaannya (kerana martabatnya di sisi Allah)  

Sekian sahaja madah bicara dari hati kecil yang punya cita-cita besar. 
Moga yang membaca madah hati ini terus jatuh cinta abadan abada.

Wasalam.
 ~by: Fudat_Khaulah





1 ulasan:

  1. mashaa-Allah,madah yang meruntun hati untuk lebih mendekati cinta Ilahi..
    moga-moga Allah tambatkan hati kita untuk selalu dekat dengan-Nya

    BalasPadam