Sabtu, 25 April 2015

HARI-HARI SAYANG NABI


 Bismillahirrohmaanirrohim

( Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)

Selawat dan salam aku iringi setiap detik,
Namamu bermain diingatan,
Terukir pada senyuman,
Terpancar pada wajah-wajah,
Terpahat di ingatan,
Terluah di pertuturan,
Seluruh penghuni alam,
Yang ingat,
Yang lupa,
Sebanyak-banyaknya
“Anta ma’a man ahbabta”
“Engkau bersama orang yang kau cintai”
                                                (Hadis Riwayat Bukhari)

Duhai sahabat yang dikasihi Allah,
Kecintaan umat terhadap Rasulullah S.A.W sangat tinggi, setiap orang mengaku mencintainya, dan pelbagai cara dilakukan demi untuk menunjukkan cinta dan kasih mereka terhadap junjungan yang mulia, namun apakah semua yang dilakukan itu bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:-

(Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang )
[Surah ‘Ali Imran: 31].

Mencintai Rasulullah S.A.W merupakan suatu kewajipan kepada seluruh kaum Muslim.
Ramai yang mengakui cintakan Nabi, namun tidak semua membuktikan cinta itu dengan perbuatan dan ingatan kepada Rasulullah S.A.W. Terdapat beberapa cara untuk kita meraih cinta Rasulullah dan membuktikan cinta kita kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

1. Mencintai dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W.
Kita perlulah mengamalkan sunnah Baginda sari semua aspek, misalnya cara makan,minum,pakaian,sukan,berniaga dan adab kesopanan yang Rasulullah amalkan dalam hidupnya.

     2.   Banyak mengingati dan menyebutnya.
Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.

     3.     Menyampaikan selawat dan salam terhadap Baginda.
إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا 
(Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.) [Surah Al-Ahzaab: 56].

     4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda S.A.W.
Mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda S.A.W. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.

     5.   Bersopan santun dan beradab dengan Baginda S.A.W baik dalam menyebut nama atau memanggilnya.
Adab yang tinggi terhadap Rasulullah S.A.W adalah menerima sepenuhnya serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran ma’qul (masuk akal), syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan pemikiran mereka yang tidak betul, dengan hanya berhukum dan menerima, tunduk dan taat kepada Baginda S.A.W sahaja.

      6. Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.
الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ
“Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab:
“Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin
kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.”
 [HR Muslim, No. 55].

     7. Mencintai orang yang Rasulullah S.A.W cintai.
   Ahlul Bait, Isteri-isteri Rasulullah dan para sahabat.


**Sahabat, ayuh kita perbanyakkan selawat dan salam terhadap Nabi Muhammad S.A.W
    








Khamis, 23 April 2015

AL-KHAWARIZMI

AL-KHAWARIZMI


LATAR BELAKANG TOKOH

            Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
            Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

PENDIDIKAN

    Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.
         
            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

            Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau Angrism.  Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

1.    Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2.   Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
3.    Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

  
Ketokohan al-Khawarizmi

            Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi.  Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.
            Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab.  Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam.  Antara karya-karya yang  beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’.  Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.
            Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan.  Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.  Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.  Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.
            Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].
            Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.
            Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.


Tokoh-tokoh Ilmuan Islam yang lain
antaranya ialah :-


IBN BATTUTA

IBN SINA

AL-BIRUNI

AL-HAITHAM



AL-FARABI
AL-RAZI


Selasa, 21 April 2015

STRESS

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah… selepas berakhirnya cuti midsem selama seminggu, kami pun kembali ke USIM untuk meneruskan perjuangan kami. Ok lupakan pasal cuti semua tu dan sekarang kita fokus kepada tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar dan yang paling penting fokus kepada assignment yang tak siap lagi. Hurmmm bercakap pasal pelajar, memang takkan lari daripada perkataan STRESS. Betul kan???

     “Arghhh… banyaknya kerja kena buat. Itulah inilah. Present pulak. Aduhhh macam mana ni?”

     “Stressnya, assignment tak siap lagi. Esok kena hantar pulak. aishhh”
Ermmm.. dialog ni selalu kita dengar kan mungkin dari mulut kawan-kawan kita taupun dari mulut kita sendiri. Oppsss. Teringat pulak kata-kata lecturer Arab “ kita kalau menuntut ilmu jangan suka merungut” kata-kata yang ringkas tapi betul-betul mendalam. Hanya sebagai peringatan kepada diri kita semua.

Ok. Berbalik pada tajuk hari ni “STRESS”. Kalau kita dengar perkataan ni, secara langsung yang terlintas di fikiran kita adalah stress ni merupakan perkara yang tidak baik. Sebenarnya, kalau korang nak tahu stress ni ada banyak kategori dan setiap kategori memberi manfaat kepada orang tu.

STRESS
MANFAAT
1. Stress akibat takut gagal
Menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih
2. Stress akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa
Menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan
3. Stress kerana jahil
Mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu
4. Stress kerana merasakan diri berdosa
Mendorong orang yang masih ada sekalumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan sungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam
5. Stress kerana merasakan diri tiada pencapaian
Memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup
6. Stress kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa
Menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar
7. Stress kerana didiagnosis ada risiko kesihatan
Menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkannya.



Jumaat, 17 April 2015

Hati Yang Murah

Sejahteralah ke atas kamu

Alhamdulillah, aku sedang berdoa(salam) untuk saudara ku yang sedang membaca ini.

Terutama sekali ucapan maaf kerna diri ini melampaui hari untuk berkarya dalam dakwah. Ya, aku lewat seminggu untuk menulis dari hati kecil ini. Aku meraikan 'semester break' di kampung (rumah tok dan wan) sehingga teralpa akan tanggungjawab ini.

"Ya Allah ampunkanlah dosa dan kelapaan hamba-Mu ini 
Berikanlah hamba-Mu ruang untuk bertutur dari Hati ini dan 
Sentuhlah hati orang-orang yang membaca karya nota hati ini"

Sedikit perkongsian tentang kampung ku : 

Mentari gah memancarkan sinar. 
Bunga-bungaan tersenyum,
Menguntum tasbih memuji Sang Pencipta,
Harumannya mekar mewangi,
Sang kumbang menari riang.
Alam seakan gembira.

Dikala senja bertandang,
Burung-burung berterbangan pulang,
Mentari berganti tugas,
Cahaya bulan jatuh bersimbahan.
Langit dihiasi kerlipan bintang.
~ karya : Fudat_Khaulah(17/4/15; 2:24) ~

In shaa Allah sahabat dunia akhirat yang sedang membaca ini, diri ini teringin bertutur tentang  " Hati Yang Murah"

Semuanya bermula dari hati. Hati adalah telaga manusia. Akal yang diberi pinjam oleh Allah adalah umpama air di dalam telaga. 

Kenapa berupa sedemikian?

Di hatilah terletaknya pelbagai rasa, kehendak dan kemahuan seseorang. Sebab itu diumpamakan sebagai telaga. Manakala tugas akallah yang membasuh dan menimbangi apa yang terdapat di dalam hati. Sebab itulah juga akal diumpamakan seperti air.

Seringkali di kaki-kaki lima ataupun berhampiran bank dan perhentian bas peminta sedekah ataupun penghibur jalanan dan golongan OKU. Adakah mereka meminta sedekah? Sedangkan golongan OKU mereka mempunyai pekerjaan dengan menjual tisu kebiasaannya ataupun segelintir lagi menjadi penghibur jalanan? ~ Mereka tidak meminta-minta pada masyarakat sekeliling.

Tatkala melihat golongan seperti di atas, hati kecil seringkali terusik. Moga hati kalian juga merasa seperti ku.

Benar
Tangan di atas adalah lebih baik
 daripada Tangan di bawah.

Berat sama dipikul Ringan sama dijinjing


Tetapi hati ini juga seringkali dibisik dengan bisikan durjana agar berfikir akan omelan orang disekeliling sama ada hendak menghulur kerana membantu atau untuk dijadikan boneka masyrakat dengan kebaikan yang diserlahkan. Nauzubillahi min zalik.

Di dunia ini, jika ada orang kaya. Gaji beratus juta atau million sekalipun. Sebenarnya orang kaya itu belum kaya. Kenapa saya berani berkata sedemikian? Kerna pemilik kekayaan bukanlah yang bernama manusia tetapi yang bernama ALLAH. ALLAH YANG MAHA KAYA kerna seisinya milik Tuhan. 

Di sini, saya nak tekankan nak tegaskan berapa sen pun gaji kita atau berapa yang kita miliki, hulurkanlah pada yang memerlukan. Nescaya Allah akan kembalikan apa yang kita beri. Tidak kisahlah berapa nilai pun, yang penting kita dapat mengembirakan orang yang memerlukan itu. Percayalah, sedikit atau banyak nilai itu, mereka yang memerlukan tidak akan mengeluh. Malah mereka akan bersyukur dan mendoakan kebaikan ke atas kita. Arghhh, pedulikan orang sekeliling. Jika kalian malu untuk menghulur secara zahir, balutlah nilai pertolongan itu agar terhijab daripada pandangan masyarakat.

"Allah menilai keikhlasan biarpun nilainya sedikit"

Walaupun hidup miskin, kita hendaklah bersyukur kerana masih dimurahkan rezeki oleh Allah supaya menjadi orang ang memberi, bukannya orang yang meminta. Janganlah sesekali memandang hina insan yang meminta-minta.

Rasulullah SAW berkata: " (Kadangkala) ada orang yang berpakaian lusuh, rambut tidak terurus, kerap dihalau sekiranya menjenguk di pintu rumah orang, namun kalau dia bersumpah atas nama Allah pasti Allah akan makbulkan permintaannya (kerana martabatnya di sisi Allah)  

Sekian sahaja madah bicara dari hati kecil yang punya cita-cita besar. 
Moga yang membaca madah hati ini terus jatuh cinta abadan abada.

Wasalam.
 ~by: Fudat_Khaulah