Sabtu, 25 April 2015

HARI-HARI SAYANG NABI


 Bismillahirrohmaanirrohim

( Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)

Selawat dan salam aku iringi setiap detik,
Namamu bermain diingatan,
Terukir pada senyuman,
Terpancar pada wajah-wajah,
Terpahat di ingatan,
Terluah di pertuturan,
Seluruh penghuni alam,
Yang ingat,
Yang lupa,
Sebanyak-banyaknya
“Anta ma’a man ahbabta”
“Engkau bersama orang yang kau cintai”
                                                (Hadis Riwayat Bukhari)

Duhai sahabat yang dikasihi Allah,
Kecintaan umat terhadap Rasulullah S.A.W sangat tinggi, setiap orang mengaku mencintainya, dan pelbagai cara dilakukan demi untuk menunjukkan cinta dan kasih mereka terhadap junjungan yang mulia, namun apakah semua yang dilakukan itu bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:-

(Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang )
[Surah ‘Ali Imran: 31].

Mencintai Rasulullah S.A.W merupakan suatu kewajipan kepada seluruh kaum Muslim.
Ramai yang mengakui cintakan Nabi, namun tidak semua membuktikan cinta itu dengan perbuatan dan ingatan kepada Rasulullah S.A.W. Terdapat beberapa cara untuk kita meraih cinta Rasulullah dan membuktikan cinta kita kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

1. Mencintai dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W.
Kita perlulah mengamalkan sunnah Baginda sari semua aspek, misalnya cara makan,minum,pakaian,sukan,berniaga dan adab kesopanan yang Rasulullah amalkan dalam hidupnya.

     2.   Banyak mengingati dan menyebutnya.
Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.

     3.     Menyampaikan selawat dan salam terhadap Baginda.
إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا 
(Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.) [Surah Al-Ahzaab: 56].

     4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda S.A.W.
Mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda S.A.W. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.

     5.   Bersopan santun dan beradab dengan Baginda S.A.W baik dalam menyebut nama atau memanggilnya.
Adab yang tinggi terhadap Rasulullah S.A.W adalah menerima sepenuhnya serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran ma’qul (masuk akal), syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan pemikiran mereka yang tidak betul, dengan hanya berhukum dan menerima, tunduk dan taat kepada Baginda S.A.W sahaja.

      6. Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.
الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ
“Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab:
“Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin
kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.”
 [HR Muslim, No. 55].

     7. Mencintai orang yang Rasulullah S.A.W cintai.
   Ahlul Bait, Isteri-isteri Rasulullah dan para sahabat.


**Sahabat, ayuh kita perbanyakkan selawat dan salam terhadap Nabi Muhammad S.A.W
    








Tiada ulasan:

Catat Ulasan