Selasa, 31 Mac 2015

Solat


Assalamualaikum wbt…

S O L A T

Jika disebut tentang perkataan solat, pasti yang terlintas di minda kita adalah ibadah yang kita lakukan 5 kali sehari. Ada yang 2,  ada yang 3 dan ada yang 4. Adakah itu yang kita ingat apabila disebut tentang solat???
Sesungguhnya, ketika solatlah saat Allah paling hampir dengan hamba-hambaNya.

Rasululllah SAW bersabda yang bermaksud:

“Allah itu paling rapat dengan hambaNya ketika hambaNya sujud”

Profesor Sa’id Ramadhan al-Buthy ada menyatakan , tuntutan solat 5 waktu sehari semalam adalah seakan-akan Allah hendak menyatakan kepada manusia bahawa:

“Rasul kamu telah naik ke langit dalam Mikraj, maka hendaklah kamu memikrajkan diri kamu 5 kali sehari umtuk bertemu dengan-Ku”

Hakikatnya, solatlah yang membezakan seorang mukmin dengan seorang kafir. Sebab itulah solat amat dititikberatkan oleh Islam kepada umatnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Perkara pertama yang dihitung ialah solat. Jika selesai solatnya, barulah dihitung amalannya yang lain. Jika solatnya tidak selesai, maka amalan lain menjadi tidak bermakna”.

Solat bererti menyembah Allah. Tetapi jika diperhatikan kembali, ibadah solat ini tidaklah memberikan apa-apa keuntungan kepada Allah melainkan keuntungan itu kembali kepada diri kita sendiri. Kehebatan Allah langsung tidak berkurang jika kita tidak menyembahNya, tetapi kitalah yang akan rosak dan rugi di akhirat kelak jika kita meninggalkan Allah.

Solat itu disiplinkan diri
masa & waktu ditepati
mengharap kasih Sang Ilahi
menyelusuri syariat yang diberi

“Wahai orang yang beriman, dirikanlah solat”

Khamis, 26 Mac 2015

Syabab ialah Pemuda





Alhamdulillah,syukur atas segala rahmat dan berkat yang dikurniakan-Nya sepanjang helaan nafas kita. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah kita temui tetapi tetap dikasihi dari kejauhan . Serta selawat dan salam buat keluarga Baginda, sahabat dan seluruh umatnya yang masih utuh di jalan Islam.

Mantan Presiden Indonesia,Soekarno pernah mengungkapkan dengan lantang,

"Berikan aku sepuluh pemuda yang cinta akan tanah air,
nescaya akan aku goncangkan dunia"

Syabab ialah pemuda. Memiliki tubuh yang kuat dan minda yang jernih. Dengan tarbiah yang tepat,mereka dapat menggoncang dunia dengan tangan mereka.

dipetik dari : Ikon Syabab_Ustaz Umar Muhammad Noor

Pemuda merupakan golongan yang istimewa pada zaman Rasulullah SAW. Mereka telah diajarkan tujuan hidup mereka, apa yang mesti mereka lakukan, dan bagaimana untuk meraihnya semenjak mereka mencapai usia baligh.

Ketika pertemuan antara Nabi Muhammad SAW dengan seorang pemuda bernama Abdullah Bin Umar, Baginda berpesan sambil memegang bahu pemuda itu ;-

كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل

Maksudnya : Jadilah engkau di dunia seolah orang asing atau musafir
 yang singgah di jalanan

Oleh yang demikian, sebagai pemuda pada hari ini, tidakkah kita juga ingin bercita-cita sebagaimana pemuda pada zaman Rasulullah SAW yang tidak gentar dalam perjuangan.

Hakikat kita sebagai umat akhir zaman di dunia yang fana ini, seharusnya kita yang menggalas tanggungjawab keluarga, masyarakat, negara dan agama.

Ya Syabab yang dikasihi Allah SWT, 
          Mujahadah itu 'perang dalam diri' yang menyeksa dan menyakitkan
          Namun, setelah beberapa ketika,
          Yang bisa bertukar biasa..
          Biasa akan bertukar manis..
          Dan akhirnya kita menjadi mujahid kebenaran..

Allahumma Aamiin :-)




Selasa, 24 Mac 2015

RAHSIA SURAH ALKAUTHAR

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِنَّا أَعۡطَيۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَر

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu ni'mat yang melimpah-ruah

فَصَلّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
Kerana itu dirikanlah solat dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu

إِنّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau (wahai Muhammad) dialah orang yang terputus 

  • surah ini paling pendek
  • hanya mengandungi 3 ayat
  • diturunkan di Makkah
  • bermaksud sungai di syurga
  • kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik
  • rasanya lebih manis daripada madu
  • warnanya pula lebih putih daripada susu 
  • lebih wangi daripada kasturi
  • kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi
  • iaitu anak lelakinya Ibrahim 
  • dan bapa saudaranya Abu Talib
  
BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN
  • baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa mudah-mudahan ALLAH SWT memakbulkan doa kita
  • jika kita kehausan dan tiada air bacalah surah ini dan gosokkan di leher, in shaa Allah hilang dahaga
  • jika sering sakit mata seperti berair, gatal, bengkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata
  • jika rumah dipercayai terkena sihir baca surah ini 10 kali mudah-mudahan ALLAH SWT bagi ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
  • jika membacanya 1000 kali rezeki kita akan betambah
  • jika rajin membacanya hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat
  • jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, ALLAH SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. 

Rabu, 11 Mac 2015

MUSLIM DAN MASYARAKAT



     Alhamdulillah, kami berasa gembira dan bersyukur dengan limpah dan kurnia-Nya dapat lagi kita merasai nikmat dunia ini. Sesungguhnya nikmat Iman dan Islam adalah sebesar-besar nikmat. 

Firman Allah :

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا 

Maksudnya : " Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu. (Surah Al-Maidah : 3)

     Anutan(pegangan) saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim. Islam bukan hanya pada IC. Acapkali diungkapkan oleh segelintir masyarakat " ISLAM HANYA PADA I/C" tetapi maksiat menyelubungi diri. Islam menjadikan kita seorang Muslim dari sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak. Oleh sebab itu, kita dituntut untuk berusaha menjadi masyarakat yang kita hidup di dalamnya sebagai masyarakat Muslim.

     Adalah tidak adil memadai dengan kita menjadi Muslim seorang diri sahaja sedangkan orang-orang disekeliling kita tidak hiraukan. Teringat pula peribahasa Melayu " Jaga tepi kain orang". Ada positif dan negatifnya. Negatifnya jaga kain orang itu. Tiada faedah langsung. Sebaliknya dari sudut positif ialah apabila kita jaga (prihatin/ambil berat) tentang perihal seseorang.

     Kesan-kesan dari seruan Islam dan kemesraannya di dalam jiwa manusia ialah ia merasai tanggungjawabnya terhadap orang lain dengan mengajak dan menasihati mereka dengan Islam serta ghairah mengambil berat ke atas mereka sebagai realisasi dari amaran Rasulullah :

"Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka".

     Titik tolak daripada itu, dapat kita usulkan satu tanggungjawab iaitu tanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab menyampaikan Islam kepada masyarakat.

Agama Islam
Cara hidup Islam
Akhlak Islam

    Semoga amal yang kecil ini diterima di sisi Allah sebagai amal yang tulus ikhlas kerana mencari keredhaan-Nya.




Isnin, 2 Mac 2015

Ketuk-Ketuk Dakwah


Assalamualaikum wbt
Segala puji bagi Allah SWT atas nikmat Iman dan Islam yang kita nikmati di saat ini.

Di saat ini bermulalah perjuangan dakwah kami sebagai khalifah di muka bumi ini. In shaa Allah dengan 2 wasiat yang ditinggalkan kepada ummah Islam seantero dunia menjadi pegangan, panduan dan pedoman kepada diri kami dan seluruh saudara seakidah kami.

Sebagai langkah awal ingin kami coretkan sebuah madah :

"THE BEST DAKWAH IS YOUR ACTION"  

Sekian, terima kasih.
indahnya ISLAM dengan DAKWAH