Rabu, 11 Mac 2015

MUSLIM DAN MASYARAKAT



     Alhamdulillah, kami berasa gembira dan bersyukur dengan limpah dan kurnia-Nya dapat lagi kita merasai nikmat dunia ini. Sesungguhnya nikmat Iman dan Islam adalah sebesar-besar nikmat. 

Firman Allah :

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا 

Maksudnya : " Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu. (Surah Al-Maidah : 3)

     Anutan(pegangan) saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim. Islam bukan hanya pada IC. Acapkali diungkapkan oleh segelintir masyarakat " ISLAM HANYA PADA I/C" tetapi maksiat menyelubungi diri. Islam menjadikan kita seorang Muslim dari sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak. Oleh sebab itu, kita dituntut untuk berusaha menjadi masyarakat yang kita hidup di dalamnya sebagai masyarakat Muslim.

     Adalah tidak adil memadai dengan kita menjadi Muslim seorang diri sahaja sedangkan orang-orang disekeliling kita tidak hiraukan. Teringat pula peribahasa Melayu " Jaga tepi kain orang". Ada positif dan negatifnya. Negatifnya jaga kain orang itu. Tiada faedah langsung. Sebaliknya dari sudut positif ialah apabila kita jaga (prihatin/ambil berat) tentang perihal seseorang.

     Kesan-kesan dari seruan Islam dan kemesraannya di dalam jiwa manusia ialah ia merasai tanggungjawabnya terhadap orang lain dengan mengajak dan menasihati mereka dengan Islam serta ghairah mengambil berat ke atas mereka sebagai realisasi dari amaran Rasulullah :

"Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka".

     Titik tolak daripada itu, dapat kita usulkan satu tanggungjawab iaitu tanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab menyampaikan Islam kepada masyarakat.

Agama Islam
Cara hidup Islam
Akhlak Islam

    Semoga amal yang kecil ini diterima di sisi Allah sebagai amal yang tulus ikhlas kerana mencari keredhaan-Nya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan