بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah…
selepas berakhirnya cuti midsem selama seminggu, kami pun kembali ke USIM untuk
meneruskan perjuangan kami. Ok lupakan pasal cuti semua tu dan sekarang kita fokus
kepada tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar dan yang paling penting fokus
kepada assignment yang tak siap lagi. Hurmmm bercakap pasal pelajar, memang takkan
lari daripada perkataan STRESS. Betul kan???
“Arghhh… banyaknya kerja kena buat. Itulah
inilah. Present pulak. Aduhhh macam mana ni?”
“Stressnya, assignment tak siap lagi. Esok
kena hantar pulak. aishhh”
Ermmm.. dialog ni
selalu kita dengar kan mungkin dari mulut kawan-kawan kita taupun dari mulut
kita sendiri. Oppsss. Teringat pulak kata-kata lecturer Arab “ kita kalau menuntut
ilmu jangan suka merungut” kata-kata yang ringkas tapi betul-betul mendalam.
Hanya sebagai peringatan kepada diri kita semua.
Ok. Berbalik pada
tajuk hari ni “STRESS”. Kalau kita dengar perkataan ni, secara langsung yang
terlintas di fikiran kita adalah stress ni merupakan perkara yang tidak baik.
Sebenarnya, kalau korang nak tahu stress ni ada banyak kategori dan setiap
kategori memberi manfaat kepada orang tu.
STRESS
|
MANFAAT
|
1. Stress akibat
takut gagal
|
Menyebabkan kita
bangun berusaha dengan lebih gigih
|
2. Stress akibat
hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa
|
Menyebabkan kita
bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan
positif bagi membetulkan keadaan
|
3. Stress kerana
jahil
|
Mendorong seseorang itu
bangun menimba ilmu
|
4. Stress kerana
merasakan diri berdosa
|
Mendorong orang yang
masih ada sekalumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan
sungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam
|
5. Stress kerana
merasakan diri tiada pencapaian
|
Memotivasikan diri
berusaha meraih kejayaan dalam hidup
|
6. Stress kerana
melihat perbuatan mungkar berleluasa
|
Menyebabkan jiwa
memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar
|
7. Stress kerana
didiagnosis ada risiko kesihatan
|
Menyebabkan si
pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk
menyembuhkannya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan