Assalamualaikum wbt…
S O L A T
Jika disebut tentang perkataan
solat, pasti yang terlintas di minda kita adalah ibadah yang kita lakukan 5
kali sehari. Ada yang 2, ada yang 3 dan ada yang 4. Adakah itu yang
kita ingat apabila disebut tentang solat???
Sesungguhnya,
ketika solatlah saat Allah paling hampir dengan hamba-hambaNya.
Rasululllah SAW bersabda yang bermaksud:
“Allah
itu paling rapat dengan hambaNya ketika hambaNya sujud”
Profesor Sa’id Ramadhan al-Buthy ada menyatakan ,
tuntutan solat 5 waktu sehari semalam adalah seakan-akan Allah hendak
menyatakan kepada manusia bahawa:
“Rasul
kamu telah naik ke langit dalam Mikraj, maka hendaklah kamu memikrajkan diri
kamu 5 kali sehari umtuk bertemu dengan-Ku”
Hakikatnya, solatlah yang membezakan seorang mukmin
dengan seorang kafir. Sebab itulah solat amat dititikberatkan oleh Islam kepada
umatnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perkara pertama
yang dihitung ialah solat. Jika selesai solatnya, barulah dihitung amalannya
yang lain. Jika solatnya tidak selesai, maka amalan lain menjadi tidak
bermakna”.
Solat bererti menyembah Allah. Tetapi jika
diperhatikan kembali, ibadah solat ini tidaklah memberikan apa-apa keuntungan
kepada Allah melainkan keuntungan itu kembali kepada diri kita sendiri.
Kehebatan Allah langsung tidak berkurang jika kita tidak menyembahNya, tetapi
kitalah yang akan rosak dan rugi di akhirat kelak jika kita meninggalkan Allah.
Solat itu disiplinkan diri
masa & waktu ditepati
mengharap kasih Sang Ilahi
menyelusuri syariat yang diberi
“Wahai orang yang
beriman, dirikanlah solat”